Thursday, 23 October 2014

Review : Diapers Baby

This time around. Mummy nak buat review tentang diapers baby. Review Mummy ni tak berbayar, sebab tak yah nak bajet retis sangat eh. Kohkohkoh. Ni sekadar rujukan untuk diri sendiri je, ehe.

Sebelum Awe Dondey dilahirkan ke dunia yang indah ini, Mummy dah banyak google tentang diapers baby. Termasuk jugak cloth diaper tapi tu Mummy citer next time. So, lepas baca blog situ sini, Mummy decided nak guna MamyPoko. Beli la yang newborn size satu paket. Harga dalam RM27 kot untuk 48 keping. Some people say tak yah membazir beli diapers mahal sebab baby poo-pee a lot masa baru lahir but, this is my son so Mummy decided nak give the best for him.

Newborn till day 7:

Mummy guna MamyPoko Newborn Size. Change every two hours. So performance tak nampak sangat tapi genital area baby memang dry la kalau just kencing sahaja. Kalau berak tu lain la kan.

Ada jugak guna Huggies yang hospital bagi. Very small walaupun same size.

Day 8 till 1month :

Mummy try guna Pet-Pet sebab review from other mommies stated that tu second best after MamyPoko. Very disappointed. Pernah terlajak pakai 3 jam, memang basah kat genital area baby. Changed back to MamyPoko. Time ni dah pakai size S.

1month till 5months :

Memang guna MamyPoko je. Value for money. Boleh tahan up to 5-6 hours but Mummy change every 4 hours sebab malas nak ambil risk. Dah tukar size M.

6months till now :

Disebabkan MamyPoko agak mahal, so Mummy decided nak cari second diapers yang value for money. Torn in between Drypers and Whoopee. Last-last decide guna Drypers. Good performance but max 4hours je. Kalau guna more than that, ada chances untuk basah especially for heavy wetter baby. Pernah Mummy terlajak sampai 6hours, still okey lagi la. Untuk malam, Mummy still guna MamyPoko sebab lasting for 12 hours tapi Mummy still change after 6hours. Cuma kalau terlajak tidur tu (ada la few times) still tak risau sangat pasal bocor. Now pakai size L.

MamyPoko EasyFit Pants vs Drypantz :

Since Awe Dondey dah pandai merangkak, memanjat, menyusur dah segala macam 'me-'  teramat susah nak pakaikan dia diapers. So, nasib baik la tercipta diapers yang boleh sarung ala-ala seluar ni. Disebabkan Mummy trust MamyPoko, so beli la yang EasyFit Pants tu. Bajet bleh guna up to 4hours namun jangkaan Mummy meleset sama sekali. Lencun abeh! So Mummy guna 3jam je, tu pon macam tak selesa sangat. Dah la beli 2 paket haritu size L dan XL. Rugi!

Semalam Mummy beli Drypantz, saje nak try guna. Eh, good performance. Boleh la tahan 4 jam tanpa basah. Lagi best getah dia panjang sikit, so boleh ikat lepas guna sebab takde pita pelekat kan.

MamyPoko Pants :

Pampers ni boleh dikatakan the best sebab boleh tahan lama. Jangan keliru dengan EastFit yer sebab yang ni lain type and performance dia lebih kurang sama dengan MamyPoko tape tu cuma yang membuatkan dia best sebab dia pants. Lagi best, ada pita pelekat khas untuk senang kita gulung and tape. Korang paham kan? Ngahaha. Kalo tak paham, sila request sample from MamyPoko di sini Mummy pon guna sample je, sebab nak beli memang idok la. Mahal ya ampun! MummyPokai.

Papepun, ni hanyalah pendapat Mummy setelah guna all the brand stated above. Lain orang, lain pulak preference dia kan. Terpulang.

Okela, sekian review. Bai.

No comments:

Post a Comment