Friday, 24 October 2014

Review : Baby Carrier Boba Air

Baby carrier ni dah macam jadi satu fenomena kat Malaysia. Ibu-ibu yang so-called opt for natural parenting ni, takmo guna stroller dah. Oldschool sangat key. Guna baby carrier lagi ohsem! Hahaha. Jangan sentap. Mummy guna both. Kosser sangat nak ikut peredaran zaman. Tapi ni nak citer pasal baby carrier je. Stroller nanti lain post, kalau rajin oke :p

Awe Dondey ni tak suka sangat dok dalam stroller, sebab tak boleh nak tengok Mummy yang gojes, stroller tu tak boleh pusing ke depan. So nak taknak, kena dukung la. Masa dia 5-6 kilo, okey lagi. Sanggup. Rela. Tapi sekarang ni dah 9.2 kg, Mummy dah surrender. Tak larat.

Macam biasa, perlukan bantuan Google. Baca review situ sini, stalk blog orang. Banyak jugak mommies-mommies out there habiskan duit untuk carrier. Macam-macam jenis ada. Ring sling la, pulas-pulas, pusing-pusing, kain murah, kain mahal.

Pengsan.

Sebagai seorang Mummy yang tak berapa nak rajin, harusla pilih yang paling senang nak pakai, paling senang nak bawak dan paling senang nak simpan. So Mummy pilih Boba Air. Material made from ultra lightweight nylon parachute. Some said panas tapi disebabkan Mummy berangan nak dok oversea, it should be no problem. Tanpa buang masa, terus ajak Ayah pergi beli. Beli cepat-cepat sebab ada freegift food storage. Kahkahkah. Sambil menyelam minum air oke? Harga agak mahal bagi kami yang tak berkerja, RM198. Kalo kerja, rasa murah je tu. Heee. Beli kat Fabulous Mom Ulu Kelang. Cuma sedih sebab takde kaler biru, grey je ada. Grab jela. Sobs!

First time pakai masa pergi outing ke Sogo. Masa tu dekat food court, Awe Dondey meragam tak mahu dok dalam stroller. So Mummy try la Boba Air ni. Magic, 5minutes je terus hero Mummy tertidur. Best kot sebab close to chest. Boleh rasa heartbeat. Oh, baru terasa it worth every penny! Maybe hero mummy rasa best dipeluk. Awe Dondey ni suka sangat kalo kena peluk macam koala bear. Faveret position dia time nak tido. Well, Boba Air ni dahla senang nak pakai, boleh adjust ikut keselesaan pulak tu. Buckle-buckle, tadaaa. Siap!

Paling lucu, malam tu Awe Dondey meragam and Mummy put him inside the carrier, terus tido. Hahaha. Ngengada angat anak Mummy omey ni :p

So far dah few times guna. At the airport, shopping mall and kat rumah pon ada guna jugak. For me, i love it A LOT! Senang nak pakai dan simpan. Letak je dalam diaper beg tu kalo nak pergi mana-mana. Tak makan banyak ruang pon macam sesetengah baby carrier lain. Boleh jugak letak dalam saku stroller ke, kat bahagian bawah tu ker. Memang size dia comel-comel je. Hiks.

Tapi macam biasala, lain orang, lain pulak yang mereka suka kan. Depends.

Okela, bai!

No comments:

Post a Comment