Saturday, 25 October 2014

Review : Bubchen Calendula Pflege (Care) Oil

Sebenarnya, takde niat pon nak guna oil masa tukar diapers Awe Dondey. Actually nak guna bedak Johnson& jonhson je sebab Mummy pon guna brand tu since kecik sampai la besar. Walaupun ada internet viral yang stated that bedak talkum tak sesuai for baby, Mummy tak amek port sangat pon. Mummy guna sejak kecik sampai besar, kulit halus mulus tulus gak. Kahkahkah. Poyo di situ.

Tapi one day, Omma (ibu Mummy) pakaikan bedak kat muka Awe Dondey, rashes terus menyerang. Wah, scary yang hamat. Takde dah muka licin, dah naik merah-merah and bintik-bintik. Sobs! Sedih. Start that day, bye-bye bedak. Mummy dah google dulu sebelum beranakkan dia, what is the best oil brand for baby. Pilih Bubchen sebab sesuai untuk kulit baby and more important sebab dia organic. Ah, Mummy ni asal organic je, terus sambar. Kahkah.

So every nappy changed session, pakaikan oil ni kat bontot n genital area dia. Alhamdulillah, make sure tukar diapers pada waktunya, memang takkan ada masalah rashes. Sekali je naik rashes which was last week masa dia cirit-birit. Doctor cakap, tu memang tak boleh dielakkan.

Harga oil ni very affordable, RM 25.90 je untuk 200ml. Boleh dapatkan di kebanyakan kedai baby. Sebotol biasanya tahan 3 bulan for heavy user like Mummy sebab suka sapu seluruh badan heehee. Bau sangat wangi, macam bau bunga-bunga nan indah di Keukonhoff :)

Kalau korang malas macam Mummy, boleh jugak beli online kat One Baby World . Selalunya ada sale. Happy shopping!

Okela, sekian review. Tata!


One Baby World

Friday, 24 October 2014

Review : Baby Carrier Boba Air

Baby carrier ni dah macam jadi satu fenomena kat Malaysia. Ibu-ibu yang so-called opt for natural parenting ni, takmo guna stroller dah. Oldschool sangat key. Guna baby carrier lagi ohsem! Hahaha. Jangan sentap. Mummy guna both. Kosser sangat nak ikut peredaran zaman. Tapi ni nak citer pasal baby carrier je. Stroller nanti lain post, kalau rajin oke :p

Awe Dondey ni tak suka sangat dok dalam stroller, sebab tak boleh nak tengok Mummy yang gojes, stroller tu tak boleh pusing ke depan. So nak taknak, kena dukung la. Masa dia 5-6 kilo, okey lagi. Sanggup. Rela. Tapi sekarang ni dah 9.2 kg, Mummy dah surrender. Tak larat.

Macam biasa, perlukan bantuan Google. Baca review situ sini, stalk blog orang. Banyak jugak mommies-mommies out there habiskan duit untuk carrier. Macam-macam jenis ada. Ring sling la, pulas-pulas, pusing-pusing, kain murah, kain mahal.

Pengsan.

Sebagai seorang Mummy yang tak berapa nak rajin, harusla pilih yang paling senang nak pakai, paling senang nak bawak dan paling senang nak simpan. So Mummy pilih Boba Air. Material made from ultra lightweight nylon parachute. Some said panas tapi disebabkan Mummy berangan nak dok oversea, it should be no problem. Tanpa buang masa, terus ajak Ayah pergi beli. Beli cepat-cepat sebab ada freegift food storage. Kahkahkah. Sambil menyelam minum air oke? Harga agak mahal bagi kami yang tak berkerja, RM198. Kalo kerja, rasa murah je tu. Heee. Beli kat Fabulous Mom Ulu Kelang. Cuma sedih sebab takde kaler biru, grey je ada. Grab jela. Sobs!

First time pakai masa pergi outing ke Sogo. Masa tu dekat food court, Awe Dondey meragam tak mahu dok dalam stroller. So Mummy try la Boba Air ni. Magic, 5minutes je terus hero Mummy tertidur. Best kot sebab close to chest. Boleh rasa heartbeat. Oh, baru terasa it worth every penny! Maybe hero mummy rasa best dipeluk. Awe Dondey ni suka sangat kalo kena peluk macam koala bear. Faveret position dia time nak tido. Well, Boba Air ni dahla senang nak pakai, boleh adjust ikut keselesaan pulak tu. Buckle-buckle, tadaaa. Siap!

Paling lucu, malam tu Awe Dondey meragam and Mummy put him inside the carrier, terus tido. Hahaha. Ngengada angat anak Mummy omey ni :p

So far dah few times guna. At the airport, shopping mall and kat rumah pon ada guna jugak. For me, i love it A LOT! Senang nak pakai dan simpan. Letak je dalam diaper beg tu kalo nak pergi mana-mana. Tak makan banyak ruang pon macam sesetengah baby carrier lain. Boleh jugak letak dalam saku stroller ke, kat bahagian bawah tu ker. Memang size dia comel-comel je. Hiks.

Tapi macam biasala, lain orang, lain pulak yang mereka suka kan. Depends.

Okela, bai!

Thursday, 23 October 2014

Review : Diapers Baby

This time around. Mummy nak buat review tentang diapers baby. Review Mummy ni tak berbayar, sebab tak yah nak bajet retis sangat eh. Kohkohkoh. Ni sekadar rujukan untuk diri sendiri je, ehe.

Sebelum Awe Dondey dilahirkan ke dunia yang indah ini, Mummy dah banyak google tentang diapers baby. Termasuk jugak cloth diaper tapi tu Mummy citer next time. So, lepas baca blog situ sini, Mummy decided nak guna MamyPoko. Beli la yang newborn size satu paket. Harga dalam RM27 kot untuk 48 keping. Some people say tak yah membazir beli diapers mahal sebab baby poo-pee a lot masa baru lahir but, this is my son so Mummy decided nak give the best for him.

Newborn till day 7:

Mummy guna MamyPoko Newborn Size. Change every two hours. So performance tak nampak sangat tapi genital area baby memang dry la kalau just kencing sahaja. Kalau berak tu lain la kan.

Ada jugak guna Huggies yang hospital bagi. Very small walaupun same size.

Day 8 till 1month :

Mummy try guna Pet-Pet sebab review from other mommies stated that tu second best after MamyPoko. Very disappointed. Pernah terlajak pakai 3 jam, memang basah kat genital area baby. Changed back to MamyPoko. Time ni dah pakai size S.

1month till 5months :

Memang guna MamyPoko je. Value for money. Boleh tahan up to 5-6 hours but Mummy change every 4 hours sebab malas nak ambil risk. Dah tukar size M.

6months till now :

Disebabkan MamyPoko agak mahal, so Mummy decided nak cari second diapers yang value for money. Torn in between Drypers and Whoopee. Last-last decide guna Drypers. Good performance but max 4hours je. Kalau guna more than that, ada chances untuk basah especially for heavy wetter baby. Pernah Mummy terlajak sampai 6hours, still okey lagi la. Untuk malam, Mummy still guna MamyPoko sebab lasting for 12 hours tapi Mummy still change after 6hours. Cuma kalau terlajak tidur tu (ada la few times) still tak risau sangat pasal bocor. Now pakai size L.

MamyPoko EasyFit Pants vs Drypantz :

Since Awe Dondey dah pandai merangkak, memanjat, menyusur dah segala macam 'me-'  teramat susah nak pakaikan dia diapers. So, nasib baik la tercipta diapers yang boleh sarung ala-ala seluar ni. Disebabkan Mummy trust MamyPoko, so beli la yang EasyFit Pants tu. Bajet bleh guna up to 4hours namun jangkaan Mummy meleset sama sekali. Lencun abeh! So Mummy guna 3jam je, tu pon macam tak selesa sangat. Dah la beli 2 paket haritu size L dan XL. Rugi!

Semalam Mummy beli Drypantz, saje nak try guna. Eh, good performance. Boleh la tahan 4 jam tanpa basah. Lagi best getah dia panjang sikit, so boleh ikat lepas guna sebab takde pita pelekat kan.

MamyPoko Pants :

Pampers ni boleh dikatakan the best sebab boleh tahan lama. Jangan keliru dengan EastFit yer sebab yang ni lain type and performance dia lebih kurang sama dengan MamyPoko tape tu cuma yang membuatkan dia best sebab dia pants. Lagi best, ada pita pelekat khas untuk senang kita gulung and tape. Korang paham kan? Ngahaha. Kalo tak paham, sila request sample from MamyPoko di sini Mummy pon guna sample je, sebab nak beli memang idok la. Mahal ya ampun! MummyPokai.

Papepun, ni hanyalah pendapat Mummy setelah guna all the brand stated above. Lain orang, lain pulak preference dia kan. Terpulang.

Okela, sekian review. Bai.

Wednesday, 22 October 2014

Travelling : Pilot

Mummy nak up entry pasal travel tapi macam perlukan masa je untuk ingat. Yela, Mummy pergi London Paris segala bagai tu dah five years ago. Kena perah otak sikit, hehe! Untuk entry pergi Austria and Hungary, boleh kot buat. Tapi still kena takes time jugak. Kena karang ayat sikit. Malasnya. Ngahaha! Ni pon type sambil beriba Awe Dondey. Korang mampu? LOL

Kalau dulu Mummy ingat hanya orang kaya je boleh pergi travel especially pergi oversea like UK ke, Australia ke, France ke. Yela, nak pergi sana bukan main ratus-ratus. Ribu-riban kot. Belas-belas dan puluh-puluh ribu pon ada orang spend for travelling kan. So nak harapkan family Mummy? Memang tak harapkan la sebab kami bukan orang senang pon. Abah bawak pergi KL pon dah rasa happy sangat dah :)

Rasanya ramai kot yang tengok drama 'Cinta Antara Benua' masa zaman late 90's dulu. Berlakon kat London you! Siap suruh abah pecut lelaju time balik sekolah gara-gara nak tengok citer ni. Lepas abeh citer, berangan la pergi London. Haha. See, kecik-kecik pon Mummy dah berangan nak pergi London bagai. Sampai ke tua perangai ni melekat. Asyik nak travel oversea je padahal pokai. Duit ciput.

Tapi Alhamdulillah, ada jugak rezeki jejak Kota London. Lantak la if orang nak cakap London boleh pegi tapi umrah tak pegi pon. Kota London ni bukan suci, so tak perlu preparation banyak-banyak untuk pergi. Nak pergi Mekah, ingat senang-senang boleh pergi? Ada banyak rules dia. I'll go to Mekah soon, InsyaAllah. Tunggu Awe Dondey besar sikit.

So far Mummy baru jejak 9 countries (not including sempadan Thailand)

2007 - Singapore
2009 - England, France, Italy and Ireland
2011 - Indonesia and China
2013 - Austria and Hungary

InsyaAllah Mummy ada plan nak pergi few countries lagi kalau diizinkan Allah. Negara impian Mummy semestinya,

SWITZERLAND! *winkwink*

Hopefully ada rezeki Mummy jejak tanah Swiss with Ayah and Awe Dondey :)

4th Anniversary, maybe? *hint*

Genaite!

Tuesday, 21 October 2014

Tiga Serangkai

This time around Mummy nak cerita about Awe Dondey dan penyakit-penyakit yang dia kena lately. Memang sis in law Mummy ada cakap, umur 7-9 months, baby banyak kena penyakit.

Mula-mula sekali dia kena selsema dan batuk. Sebab dia pernah kena before, so Mummy guna the same method to cure which is sapu garlic oil dan potong dua bawang merah (shallot). Three days in a row Mummy apply tapi tak jadi. Pelik bin ajaib. So, Mummy decided untuk bawak Awe Dondey g Klinik Lily kat Pasir Mas. Doctor wanita, baik jugak. Lembut je penjelasan dia with smile on her face. Dia prescibed ubat selsema untuk Awe Dondey and jelaskan yang baby tak boleh ambil ubat batuk, just keep breastfeeding him.

At first Mummy ragu-ragu sikit nak bagi ubat sebab kalau boleh tak mahu ajar baby makan ubat. Konon-konon nak natural remedy la kan. Ihiks. Google kejap, pastu decided nak cuba Sterimar and Illiadin. So malam tu jugak ajak Autumn pergi bandar, singgah beli Illiadin kat Farmasi Cahaya Timur Pasir Pekan. Sterimar takde. Pastu gigih menjelajah Farmasi sekitar bandar, pon takde. Haizzzz! Last-last singgah Guardian sebelah Pizza Hut, Alhamdulillah, ada! Beli penyedut hingus sekali brand NUK. Mahal. After that, bermula la misi sembur Sterimar dalam hidung Awe Dondey. Failed sangat. Siap masuk mulut, masuk mata bagai. Same goes with Illiadin dan penyedut hingus. Last resort, bagi ubat. He loves it, just like Mummy. Dua hari kemudian, takde hingus, takde batuk. Ok, done. Alhamdulillah.

Lepas tu pulak, datang penyakit baru. Mula-mula ingat kena nyamuk tapi banyak pulak bintik-bintik kat muka and getting bigger. At first macam biasa la, Mummy sapu susu badan but not working. Mummy rilex dulu, dengan harapan bintik-bintik jahat tu hilang very soon tapi tak jugak! So, sekali lagi Mummy ajak Autumn pergi klinik suami kawan Mummy. Klinik Primer located kat Cherang, on the way nak pergi JPJ Panji. Very nice doctor, child and parents friendly. Doctor cakap, ada air bisa dalam bijik-bijik tu and bila pecah, that thing merebak. Doctor bagi krim untuk sapu. Alhamdulillah dah okey now. Tapi sad, sebab ada bintik-bintik hitam kat muka Awe Dondey :( Nasib Awe Dondey tetap ensem dan omey! :)

Finally (hopefully), Awe Dondey kena cirit birit. Hari ketiga, Mummy bawak dia jumpa Paed kat Klinik TMC (boleh baca review Mummy tulis kat post Klinik TMC). Memang bercinta sangat nak bagi ubat kat hero Mummy ni. Siap bersilat berperang bagai. Up till now, bertambah baik and harap-harap cepat sembuh, insyaAllah.

P/S :- Walaupun boleh diconsider tak sihat disebabkan penyakit-penyakit di atas, tapi Awe Dondey ni lasak yang amat. Berpeluh-peluh Mummy mengejar dia!

Monday, 20 October 2014

3-Series

Heh. Jangan tokojut. Bukan Mummy nak beli BMW 3-series (bawak kete pon takot-takot ade hati nak berBMW) *blerk*.

This year, umur Mummy dah menjengah 30 (tapi Mummy tetap kiut miut macam umo 18 oke) LoL. Tua, NO. Matang la lot. Sedapkan hati. Haha. Orang lain ada milestone, what to reach at certain age. Mummy, just go with the flow je lah. Dulu ader impian nak kejar sebelum umo 30 tapi tak semua yang Mummy nak tu akan tercapai kan. So, don't worry. Be happy ;)

Kahwin, dah.

Ada baby, dah.

Sambung blaja, belom.

Travel to 10 countries, tak sempat. Baru 9 so far. Nanti Mummy rajin, Mummy buat entry related dengan travelling. Kalau rajin la. Kalau. Kalau. Haha

Kereta, rumah, gaji 5 angka?
Entah.
Tu pon nak kena masokkan jugak ke? Bukan ke tu sepatutnya hadiah from suami. Kahkahkah.

*bajet kawen dengan anak raja* Pangggg sedas.

Dah lah. Mari tido. Genaite!



Sunday, 19 October 2014

Travel with Baby

After Ayah went to Netherlands, pening jugak kepala Mummy nak suruh siapa teman dalam flight. Luckily kakak Autumn still at home, so decided to ajak dia teman, all sponsored by jobless Mummy. Yela, Awe Dondey ni bukan leh caya sangat. Masa first time naik flight haritu okela sebab dia baru nak masuk 5months, meniarap pon malu-malu kucen lagi. Sekarang ni, beliau lagi gagah dari Mummy. Haish.harus patah riuk tulang Mummy nak melawan dia.

Travel with baby ni i would say, not that easy. Lain la with kids, dah besar, ada benda yang boleh keep diorang distracted for a while. Kalau dengan baby ni, a bit challenging sikit. First time bawak Awe Dondey naik flight was 3months ago, masa tu nak balik puasa kat Kelantan. Cuak jugak, takut dia melalak walaupun tahu it wasn't his style. Susah nak dengar dia nangis. So Mummy keep praying, supaya Awe Dondey behave. Alhamdulillah, masa nak take off, dia hisap susu pastu masa nak landing, dia boleh bantai tido. Phew, lega hati Mummy and Ayah.

Haa..Tu cerita masa dia 5bulan. This time around, dia banyak bergerak, memang penat nak lawan sebab Awe Dondey ni very strong, Iron Baby betol! Nasib ada kakak Autumn, so tukar-tukar pegang dia. Pastu Awe Dondey bleh pulak berborak dengan pokcik kat belakang. Pokcik tu pon gigih layan dia borak. Haha. Steward and stewardess tak yah cakap la, everytime lalu mesti nak menegur Awe Dondey sebab dia suka je tegur orang especially lelaki, rindu Ayah lettew. Kehkehkeh.

Tips nak travel with baby, sebenarnya takde yang specific kot. Sebab all babies are different so kalo apply tips-tips yang korang baca kat internet pon sometimes takde guna jugak. So, you know your child. Kalo yang jenis suka nangis tu, bersedia la untuk stress. Kalo yang gagah perkasa tu, bersedia la untuk fight ngan anak korang. Kalo yang jenis suka tido tu, korang la mak yang paling bahagia dalam flight. Kahkahkah.

Tiba-tiba terfikir, cemana la nak naik flight 13jam to Amsterdam nanti. Pening kalo pikir. Tapi Mummy pernah baca dalam blog, blogger tu tulis 'Kalau korang rasa anak korang akan menyusahkan, memang dia akan menyusahkan. Kalau korang rasa anak korang akan well-behave, insyaAllah korang akan rasa senang je nak handle nanti.' Erk..boleh apply ke tips ni? 

Ape-apelah. 

Awe Dondey dah setahun masa tu, hopefully dia well-behave-lah! :p

Teh Tarik Madu Pak Mat and Klinik TMC

Salam hari Sabtu ;)

Sorry, Mummy cannot keep my promises bulan bintang to update blog everyday.
Schedule sangat hectic la, tambah-tambah Awe Dondey sekarang masuk phase melasak. Merangkak here and there. Panjat situ sini. Mummy pon sama kena ikot dia ke sana ke mari. But hey, it was fun. Alhamdulillah, his development is right on track and hopefully he will walk very soon *yippie* Ayah la rugi sebab tak leh tengok. Kihkihkih. Kejinya Mummy! *blerkkk*

Two days ago Mummy went out with Awe Dondey, sister (Autumn) and one of my bff (Sakurada). Kami pergi lunch kat Warung Pak Mat to try his famous 'Teh Tarik Madu' and 'Sup Kepala Ikan'. Wah, teh tarik sangat sedap! Berlemak, rasa macam butterscoth ader, caramel ader, honey comb ader. Ehe, you guys should try. Boleh google 'Teh Tarik Madu' if you can't imagine how it looks like. Macam teh tarik biasa jugak tapi ada buih-buih sket. Eheeeee.

Balik tu nak usha Klinik TMC, sebab ingat nak ambil appointment sebab nak bawa Awe Dondey jumpa Paed since dia kena cirit birit. Bila masuk je, eh macam takde orang sangat and bila tanya receptionist, dia kata ada satu patient je. Oh, just my luck! Terus je decided untuk check Awe Dondey. I was expecting Paed ni mesra kanak-kanak or bayi, child-friendly lah like doctor kanak-kanak should be but hey hey hey i was wrong. Doctor muka kelat, stone cold giler kot. Sentuh Awe Dondey pon tak. Just bagi explanation on how to take this ubat, that ubat. Ada empat jenis ubat yang doctor bagi. Klinik ni will be Mummynyer last resort in the future sebab susah nak cari Paed kat Kelantan ni. But terima kasih doc for the penjelasan about things yang might trigger the cirit birit anyway. Boleh Mummy take precaution.

Berapa bintang boleh bagi untuk doc ni? Suku bintang. Hakhak.

Awe Dondey seems oke dah. But kena keep bagi ubat lagi sebab dia still berak-berak lagi cuma reduced to three times a day Just kena extra careful sebab dia ada hobi pelik, jilat lantai. Erk!

Udah-udah la membebel. Genaite. Hiks.