Petang tadi hujan. Lebat sangat. Tapi best, sejuk sikit bumi ni kan?
Kalo tengok hujan, teringat masa kecik. Time hujan memang suka sangat. Mintak permission dengan ma nak mandi hujan. Memang kitorang adik-beradik satu geng. Before mandi tukar baju yang semalam or two days ago, sebab baju yang pakai harini boleh pakai balik lepas main hujan, haha!
Pastu banyak je aktiviti masa main hujan. Naik perahu yang made from tong minyak or main masak-masak and bakar ikan sungai yang sendiri tangkap dalam tali air. Oh, heaven. Kemuncak mandi hujan of course is berendam dalam tali air or we called it parit. Best sangat okay!
Kalo ma tak jerit panggil balik, memang kitorang akan berendam sampai cecah Maghrib. Haha. Biasa lepas balik, mandi ramai-ramai tepi rumah, masuk rumah and pakai baju sejuk yang ala-ala Mat Salleh pakai masa winter. Feeling-feeling sejuk. Yela, time bila lagi nak pakai betul tak? Malaysia bukannya ada salji. Baju tu pun yang beli kat American House, kedai bundle yang quite famous jugak zaman kecik-kecik! Adik beradik ramai, memang la tak mewah tapi, we are ultimately happy!
Rindu sangat kenangan zaman kecik ;)
So long and goodbye! Eh goodnight jugak :p
No comments:
Post a Comment